Handover of 32 Units of Proton Cars to UEM Edgenta
Purchase is part of UEM Edgenta’s Commitment to Operational Efficiency and Safety
Subang Jaya, 24 January 2018 – PROTON and UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta”) today held a ceremony to symbolise the handover of 32 units of Proton which will be used by for the daily operations of Edgenta PROPEL Berhad (“Edgenta PROPEL”), the Infra Services Division and wholly owned subsidiary of UEM Edgenta.

The ceremony took place at the PROTON Centre of Excellence which saw Dr Li Chunrong, Chief Executive Officer of PROTON presenting a mock key to Dato’ Azmir Merican, Managing Director/Chief Executive Officer of UEM Edgenta in the presence of Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Chairman of PROTON, who witnessed the occasion.

“Edgenta PROPEL is the country’s leading network management and infrastructure maintenance specialists with over 25 years of experience in the infrastructure maintenance management industry. It manages, maintains and monitors over 2,500 kilometres of expressways, state as well as plantation roads in Malaysia, and the operations is 24/7, 365 days a year. To achieve maximum operational efficiency as well as ensure the safety of our on-the-ground employees, we decided to undertake a fleet renewal programme which sees us replacing our current cars that are over 10 years old. Given the reliability and durability of PROTON vehicles, I’m confident we are able to achieve our objectives.

“Our commitment to operational efficiency will continue and our fleet renewal programme will be expanded to include procurement of additional lorries and pick-up trucks before the end of the year (2018),” said Dato’ Azmir.

“Our relationship with UEM Edgenta goes a long way since 2002. Since then, a total of 236 units of Proton cars have been purchased via our corporate fleet sales programme and this includes the recent purchase of 30 units of Persona and 2 units of Perdana. Our Persona has become one of our best-selling units since it was launched in 2016 for its great handling and excellent safety features, whilst the Perdana is seen as a bold and stylish car. We appreciate the continuous support from UEM Edgenta and we shall provide our best services to them,” said Dr Li.

He also expressed that, “I believe trust is built because they have faith in the affordability, reliability and durability of Proton cars, which they have experienced over the years. A company car needs to be reliable yet convenient, factors which are highly important for consideration before a company decides to purchase a car. These are the winning factors in our products apart from its great driveability. We hope the ongoing relationship will continue to spur more sales from UEM Edgenta in the future”.

Pembelian adalah sebahagian daripada Komitmen UEM Edgenta Kepada Kecekapan dan Keselamatan Operasi
Subang Jaya, 24 Januari 2018 – PROTON dan UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta”) hari ini mengadakan satu majlis penyerahan 32 unit Proton yang akan digunakan dalam operasi harian Edgenta PROPEL Berhad (“Edgenta PROPEL”), iaitu Bahagian Perkhidmatan Infra dan anak syarikat milik penuh UEM Edgenta.

Majlis tersebut berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON di mana Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON menyerahkan mock key kepada Dato’ Azmir Merican, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta di hadapan Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON, yang menyaksikan majlis tersebut.

“Edgenta PROPEL adalah peneraju pengurusan rangkaian utama dan pakar penyelenggaraan infrastruktur negara dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri pengurusan penyelenggaraan infrastruktur. Ia menguruskan, menyelenggara dan memantau lebih daripada 2,500 kilometer lebuh raya, negeri serta jalan perladangan di Malaysia, dan beroperasi selama 24/7, 365 hari setahun. Untuk mencapai kecekapan operasi yang maksimum serta memastikan keselamatan pekerja-pekerja penyelenggaraan, kami memutuskan untuk melaksanakan program pembaharuan pengangkutan bagi menggantikan kereta kami yang telah melebihi 10 tahun. Berdasarkan kebolehpercayaan dan ketahanan kenderaan PROTON, saya yakin matlamat kami dapat dicapai.

“Komitmen kami terhadap kecekapan operasi akan diteruskan dan program pembaharuan pengangkutan akan diperluaskan meliputi pemerolehan lori tambahan dan trak pikap sebelum akhir tahun ini (2018),” kata Dato’ Azmir.

“Hubungan kami dengan UEM Edgenta telah terjalin semenjak 2002. Sejak itu, sebanyak 236 unit kereta Proton telah dibeli melalui program jualan pengangkutan korporat kami dan ini termasuk pembelian 30 unit Persona dan 2 unit Perdana baru-baru ini. Persona kami telah menjadi salah satu unit terlaris sejak ianya dilancarkan pada tahun 2016 kerana pengendaliannya yang hebat dan ciri-ciri keselamatan yang sangat baik, manakala Perdana dilihat sebagai sebuah kereta yang berani dan bergaya. Kami menghargai sokongan berterusan daripada UEM Edgenta dan kami akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mereka,” kata Dr Li.

Beliau juga menyatakan bahawa, “Saya yakin kepercayaan dapat dibina berdasarkan kemampuan, kebolehpercayaan dan ketahanan kereta Proton, melalui pengalaman yang dirasai oleh mereka bertahun-tahun. Sesebuah kereta syarikat perlu mempunyai ciri-ciri kebolehpercayaan dan selesa, yang mana merupakan faktor-faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan sebelum syarikat memutuskan untuk membeli kereta. Ini adalah faktor menarik produk kami selain daripada pemacuan yang hebat. Kami berharap hubungan berterusan akan mendorong lebih banyak jualan daripada UEM Edgenta pada masa hadapan”.
© 2023 UEM Edgenta Berhad 196301000166 (5067-M). All Rights Reserved.
Error Message
Contact Us
Vendor Registration
Staff Links
Edgenta Academy
Whistleblowing
Ooops!
Generic Popup