Semua pihak berkepentingan Syarikat termasuk pengarah, pegawai, dan warga kerja UEM Edgenta Berhad serta orang awam layak membuat Pendedahan Terlindung di bawah Polisi ini. Tiada perlakuan tidak adil akan diberikan kepada Pemberi Maklumat atas Pendedahan Terlindung yang telah dibuat di bawah polisi ini. Jawatankuasa Pemberitahuan Maklumat ini terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Tadbir Urus & Risiko, Ketua Bahagian Risiko, Integriti & Pematuhan, Ketua Bahagian Kesetiausahaan, Ketua Bahagian Audit Dalaman dan Ketua Bahagian Undang-Undang.